GEORGE TOWN: Faktor usia tidak menjadi penghalang kepada nenek tiga cucu Nor Shuhaini Md Yusof, 52, untuk menceburi bidang yang didominasi oleh kaum lelaki, iaitu sebagai kapten bas.
Nor Shuhaini yang merupakan ibu kepada lima orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu telah berkhidmat bersama bas Rapid Penang selama sembilan tahun untuk menyara keluarga memandangkan suaminya sakit.
"Keadaan kesihatan suami kurang memuaskan, jadi kos belanjawan harian ditanggung oleh saya...suami memang tidak bekerja...cuma anak-anak ada bantu sikit dari segi kewangan," katanya kepada pemberita ketika ditemu bual di Terminal Bas Rapid Penang, Pengkalan Weld di sini hari ini.
Menurut Nor Shuhaini yang sebelum ini merupakan suri rumah sepenuh masa, minat yang mendalam telah mendorongnya untuk bekerja dalam bidang ini.
"Sebelum ini saya tak pernah bekerja, hanya menjadi suri rumah, jangan ingat suri rumah sepenuh masa tidak boleh pegang jawatan sebagai kapten bas, kita boleh sahut cabaran tu.
"Antara cabarannya ialah kami terpaksa bangun seawal 3 pagi dan melapor diri pada 4.30 pagi kerana bas mula beroperasi pada 5.30 pagi," katanya yang berasal dari Sik, Kedah.
Sementara itu, Noor Hafiza Hamzah, 42, yang telah berkhidmat selama lapan tahun sebagai kapten bas Rapid Penang kini turut mencabar diri untuk menyambung pengajian pada yang sama.
"Saya mengambil Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Sejarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
"Alhamdulillah Rapid (syarikat) memberi dua hari cuti bekerja. Jadi dengan waktu pekerjaan yang efisien saya mampu mengatur sendiri waktu belajar dan waktu bekerja. Kalau ada kelapangan saya akan membaca, selalunya tiada gangguan," katanya.
Noor Hafiza yang berasal dari Baling, Kedah ini turut berkongsi pengalaman memandu bas ketika menghadapi situasi banjir di sekitar Pulau Pinang.
"Bila (banjir) terlampau teruk, kita tidak akan buat kenderaan lain terlibat sama jadi kita akan hentikan perjalanan sehingga keadaan reda dan pihak pengurusan akan memberi arahan untuk bergerak semula," katanya.
Justeru, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 esok, Nor Shuhaini dan Noor Hafiza mengharapkan lebih ramai wanita mencabar diri dan menceburi bidang yang dikatakan didominasikan oleh kaum lelaki ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Faktor usia tidak menjadi penghalang kepada nenek tiga cucu, Nor Shuhaini Md Yusof, 52, untuk menceburi bidang yang didominasi oleh kaum lelaki, iaitu sebagai kapten bas. - Bernama
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Hidup sebagai perempuan selama 27 tahun, rupa-rupanya...
Li Yuan terkejut selepas mendapati terdapat testikel pada abdomennya yang bermaksud secara biologi dia adalah seorang lelaki.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.
Wanita ditemui meninggal dunia atas sejadah
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.